KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN, ASRAMA DAN LAIN-LAIN YURAN KOLEJ UNIVERSITI TATI (UC TATI)
MAKLUMAN PENTING
1. Para pelajar dikehendaki menyemak baki yuran terkini di Jabatan Kewangan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. Semakan boleh dibuat melalui kaunter Jabatan Kewangan atau panggilan telefon di 09-8601070/1064.
2. Sila pastikan nombor akaun UC TATI adalah tepat sebelum membuat pembayaran. Sebarang kesilapan hendaklah dilaporkan kepada pihak CIMB dengan kadar segera.
3. Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran. Pihak UC TATI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.
AKAUN PEMBAYARAN YURAN
NO AKAUN CIMB ISLAMIC BANK BERHAD: 8601716652
Semak baki yuran terkini pelajar dengan memberikan Kad Matrik / Kad Pengenalan kepada pegawai di kaunter
Lengkapkan pembayaran dengan menyerahkan tunai / kad debit / kad kredit kepada pegawai di kaunter.
Setelah pembayaran selesai, pastikan Kad Matrik/ Kad Pengenalan, baki tunai (sekiranya ada) atau Kad Debit/Kad Kredit dan Resit Rasmi TATIUC diserahkan kembali oleh Pegawai di kaunter.
Semak jumlah bayaran dan nama pembayar pada Resit Rasmi TATIUC.
Masukkan butiran dibawah pada slip bank CIMB Bank Berhad.
No Akaun TATIUC
: 8601716652
Nama Akaun TATIUC
: TATI University College Sdn Bhd
Nama Pelajar : (Masukkan Nama Pelajar)
No Kad Pengenalan Pelajar : (Masukkan No.Kad Pengenalan Pelajar)
Jumlah Transaksi : (Masukkan Amaun Yang Hendak Dibayar)
Lengkapkan pembayaran dengan menyerahkan slip bank yang telah siap diisi dan tunai kepada Pegawai Bank Bertugas.
Setelah pembayaran selesai, semak Slip Bank yang telah dicetak oleh Pihak Bank dan pastikan jumlah bayaran dan nama penerima adalah tepat.
Serahkan salinan Slip transaksi Bank tersebut kepada Jabatan Kewangan TATIUC menerusi Kaunter Jabatan Kewangan, Fax (09-8601069) atau Emel (dept_finance@tatiuc.edu.my).
Pembayaran tidak akan diproses sekiranya slip transaksi bank tidak diserahkan.
1. Login ke halaman CIMBclicks https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih "Pay> Bills".
3. Pilih akaun pembayar ** Akaun Semasa atau Simpanan.
4. Pilih CIMBclicks
5. Taip “TATI University College Sdn Bhd” di ruangan “Biller Name”
6. Paparan “Bill Identification-TATI UNIVERSITY COLLEGE SDN BHD”
7. Masukkan butiran seperti di bawah
8. Student Name: (Masukkan Nama Penuh Pelajar)
9. Student IC No: (Masukkan No. Kad Pengenalan)
10. Amaun (RM): (Masukkan Jumlah Bayaran yang hendak dibuat)
11. Pilih “Proceed to Payment”
12. Masukkan No Matrik Pelajar.
13. Klik “Submit”
14. Pengesahan maklumat pembayaran * Please check the details before you confirm the payment
15. Minta nombor TAC (TAC pada SMS) dan masukkan nombor untuk meneruskan proses pembayaran.
16. Skrin pemberitahuan “Successful Transaction” akan dipaparkan.
17. Bagi kaedah bayaran ini, pelajar tidak perlu menghantar bukti bayaran kepada pihak kami. Kemaskini lejer pelajar akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya setelah mendapat laporan transaksi yang berjaya dari pihak bank.
a. Maklumat Pembayaran:
No Akaun (Account Number) : 8601716652
Nama Akaun (Account Name) : TATI University College Sdn Bhd
Nama Bank (Bank Name) : CIMB Islamic Bank Berhad
Alamat Bank (Bank Address) : PT 11286 & 11287, Jalan Kubang Kurus, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Kod Swift (Swift Code) : CTBBMYKL
b. Sila Serahkan bukti pembayaran menerusi emel kepada dept_finance@tatiuc.edu.my
PERINGATAN
1. Pembayaran melalui ATM Transfer, Cash Deposit Machine (CDM) dan IBG Transfer adalah TIDAK DIBENARKAN.
2. Kegagalan menjelaskan yuran tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan mana-mana tindakan seperti berikut:-
a. Ditahan daripada membuat pra-pendaftaran dan pendaftaran wajib kursus
b. Ditahan daripada menghadiri kuliah
c. Ditahan daripada menduduki peperiksaan
d. Ditahan keputusan peperiksaan/transkrip/diploma
e. Digantung Pengajian; dan/atau
f. Diberhentikan
**Dikemaskini pada 20 Februari 2018. Sebarang maklumat lanjut Sila Hubungi Unit Pelajar di talian 09-8601064/1070.